Saturday, March 6, 2010

integriti

Tengok, kucing nak tidur pun beratur..

Amalkan budaya beratur
Apakah yang dimaksudkan dengan integriti? Integriti memberi maksud perihal sifat individu dan organisasi yang sempurna berteraskan nilai murni seperti jujur,benar,amanah,bertanggungjawab,telus cekap dan bijaksana.

‘’Integriti bagaikan pokok yang berdiri teguh di hutan.Akarnya dalam,menunjangi yakni menyokong batang pokok yang besar lagi tinggi yang mempunyai rimbunan dedaun menghijau sebagai mahkotanya.Ia berbunga bersama buah-buahan yang merimbun,dengan warna cantik berkilat,ranum,dan sedia menaburkan biji benihnya.Unggas dan haiwan lain mencari tempat bertenggek yang selesa di dahannya yang selamat.’

Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang.



Labels:

2 Comments:

At March 14, 2010 at 9:22 AM , Blogger Aine said...

salam, Adah. comelnya kucing kucing2 tu..
i'allah, sama2la kita berdisiplin dan berintegriti..

 
At March 15, 2010 at 5:48 PM , Blogger saada said...

sapa pilih?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home